Saturday, 28 December 2013

Ayam Masak Kunyit Istimewa


Bahan-bahan

1. Ayam - 1/2 ekor dipotong kecil
2. Bawang putih - 3 ulas (dititik)
3. Bawang besar - 1 biji (dipotong dadu)
4. Lobak merah - dipotong jejari
5. Tomato - 2 biji (dibelah 4)
6. Daun limau purut
7. Serbuk kunyit - 2 sudu
8. Sos Tiram - 3 sudu
9. Sos Ikan - 1 sudu
10. Garam dan gula secukup rasa
11. Minyak
12. Sedikit air


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
2. Masukkan ayam dan masakkan
3. Masukkan bawang besar dan gaul
4. Masukkan sos tiram dan sedikit air
5. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata
6. Masukkan lobak dan tomato dan biar seketika
7. Selepas itu,masukkan sos ikan dan daun limau purut
8. Kacau rata dan biar seketika
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa
10. Siap untuk dihidang

Sambal Tempe Daun Limau



Bahan-bahan

Tempe - 2 paket (digoreng dengan kunyit dan garam)
Cili giling - 3 sudu (cili kering direbus dan dikisar bersama sedikit minyak masak)
Sos Cili - 3 sudu
Sos Tiram - 1 sudu
Kicap manis
Bawang merah kecil - 3 biji (ditumbuk)
Bawah putih - 2 ulas (ditumbuk)
Bawang besar - dihiris
Cili merah - 2 biji
Daun limau purut - 4 helai
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak

Cara-cara
1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili,kicap manis dan sos tiram dan kacau rata
4. Masukkan garam dan gula
5. Masukkan tempe yang telah digoreng
6. Masukkan bawang besar dan cili merah
7. Masukkan daun limau purut
8. Siap untuk dihidang

Padprik Ayam




Bahan-bahan:

A:
Ayam - 1 ekor dipotong 16 (direbus)
Air rebusan Ayam
Minyak
Garam & Gula - secukup rasa
Sos cili - 4-5 sudu
Sos Tiram - 2 sudu
Kicap
Sos Ikan
Serai - 2 batang dan dititik
Daun limau purut - 3-4 helai
Tomato - 2 biji (dibelah 4)
Saderi - 1 batang
Kubis Bunga - dipotong
Lobak merah
Cili merah
Bawang besar - dipotong bulat


B- (Ditumbuk):
Bawang putih - 4 ulas
Bawang besar - 1 1/2 biji
Halia - 1 inci


Cara - cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Tumis Bahan B yang ditumbuk sehingga naik bau
3. Masukkan Ayam dan kacau rata
4. Masukkan sos tiram dan sos cili
5. Masukkan sedikit air rebusan ayam dan kacau rata
6. Masukkan tomato,saderi,bawang besar,lobak merah dan cili merah
7. Masukkan serai dan daun limau purut
8. Masukkan sedikit kicap dan sos ikan
9. Masukkan gula dan garam secukup rasa




Sepatah Dua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minat kepada dunia masakan telah membuat Mirul tergerak untuk berkongsi resepi-resepi yang mudah untuk diikuti dan sedap rasanya. Di sini juga Mirul juga akan berkongsi petua dan tips dalam masakan serta panduan di dapur.

Resepi-resepi yang Mirul kongsikan adalah resepi harian, resepi keluarga serta hasil ciptaan Mirul sendiri.
Mirul harap dengan resepi yang akan Mirul kongsikan, kita semua dapat belajar memasak.

Akhir kata, Masak itu mudah, dengan bahan yang biasa, tercipta hidangan luar biasa